RAMAI RAKAN RAKAN SAYA BERTANYA MENGAPA Presiden Sampai Rakyat, Semua Perlu Bersedekah ???

October 30, 2008

 

“Sedekah merupakan jawapan semua permasalahan. Sedekah itu tak ada lawan. Tak ada persoalan apapun yang tidak selesai, selama kita melibatkan Allah. Caranya, antara lain melalui sedekah.”Kalimat-kalimat diatas kerap kali dilontarkan oleh Ustadz Yusuf Mansur dalam setiap ceramah-ceramahnya. Ustadz muda itu memang selalu mengusung tema sedekah dalam setiap dakwahnya, baik melalui ceramah, buku, kolom di media massa, maupun di sinetron di RCTI setiap sabtu malam.
Sehebat apakah sedekah itu? Mengapa sedekah jadi begitu penting? Apakah sedekah mampu menyelesaikan persoalan bangsa Indonesia yang sudah hampir satu dekade dirundung krisis?

WAHAI DIRI

December 16, 2008

Wahai diri
Ingatlah setiap masa pada ALLAH
Hingga terasa manis kalimah itu
Apabila berdenyut di hati sanubarimu

Wahai diri
Janganlah engkau lupa
Setiap masa dan ketika
Dirimu akan dikembalikan
Ke hadrat Tuhanmu
Sama ada engkau redha
Atau engkau tidak bersedia
Perbetulkan akal dan hatimu
Kehidupan adalah persediaan
Untuk menuju kematian
Janganlah tertipu dengan dunia

Ya tuhan ku
Akulah pengambara
Menuju Cinta-MU
Tanpa ragu dan jemu
Akan ku ketuk pintu Rahsia-MU
Agar tenggelam diriku di lautan
Wajah Mu Yang Maha Indah

Ya Tuhan ku
Akulah pengemis setiap masa
Berdiri dengan penuh harapan
Di pintu rahmat-MU
Perjalanan yang panjang ini
Adalah satu ujian padaku
Sama ada langkahku pincang
Atau langkah terisi dengan
cinta ILAHI

Alangkah sukarnya dan berliku
Perjalanan mencari hakikat diri
Nafsu dan syaitan
Akan berhemah berjuang
Merosakkan dan melalaikan
Daripada sampai ke penghujung

Engkau adalah rahsiaku
Aku adalah rahsia-MU
Engkau berada disebalikku
Hilang wujudku nyatalah wujud-MU
Begitulah hakikat perjalananku

Dinukil dari kitab Bicara Hikmah
Oleh DR. AHMAD RAJ BIN ABDULLAH

ALLAHu a`lam bisawab.

Perkara Perlu Beri Prihatian Solat

November 13, 2008

Dipetik dari : FADHILAT AMAL

Penulis : Dr. Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismilla hir Rohman nir Rohim

Allahumma sholli ‘ala Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh

 

 

Para sufi berkata bahawa dalam solat terdapat dua belas ribu keberkatan yang Allah Ta’aala berikan menerusi dua belas perkara. Kesemua perkara ini sangat penting diberi perhatian supaya solah menjadi sempurna dan memperoleh faedah yang sepenuhnya. Dua belas perkara itu adalah seperti berikut:

1) Ilmu, Rasulullah bersabda bahawa amal yang sedikit yang disertai dengan ilmu adalah lebih baik daripada amal yang banyak dalam keadaan jahil.

Ilmu mempunyai tiga bahagian
1) Mengetahui perkara2 fardhu dan sunat dalam hukum ahkam agama,
2) Mengetahui perkara2 yang fardhu dan sunat dalam solat
3) Mengetahui cara2 tipu daya syaitan untuk merosakkan solah.

2) wuduk, juga mempunyai tiga bahagian:

1) Mensucikan hati daripada perasaan hasad dan dengki sebagaimana anggota zahiriah dibersihkan
2) Anggota2 zahir perlu berada dalam keadaan suci daripada dosa
3) Anggota wuduk hendaklah dibersihkan dengan sempurna TANPA MEMBAZIRKAN AIR.

3) Pakaian. Mempunyai tiga bahagian:

1) Memperolehnya daripada sumber yang halal
2) Hendaklah suci
3) Pakaian hendaklah dipakai mengikut sunnah yakni jangan labuh sehingga menutupi buku lali & jangan dipakai dengan perasaan takabur dan besar diri.

4) Waktu. Juga mempunyai tiga bahagian yang sangat penting dan patut diambil berat:

1) Mengambil berat tentang kedudukan matahari, bintang dan sebagainya supaya dapat mengetahui waktu solah yang betu (pada zaman kita jam dapat digunakan untuk tujuan tersebut)
2) Berwaspada tentang azan
3) Hati sentiasa mengingati waktu solah supaya tidak berlalu tanpa disedari

5) Mengadap Qiblat. Mempunyai tiga perkara yang perlu diambil berat iaitu:

1) Anggota zahir mengadap ke arah qiblat
2) Hati tawajuh kepada Allah SWT kerana Dialah kaabah kepada hati
3) Menghadap dengan penuh tawajuh di hadapan Allah SWT sebagaimana selayaknya.

6) Niat. Memempunyai tiga perkara

1) Mengetahui solah yang hendak dikerjakan
2) Sedar bahawa kita berdiri di hadapan Allah SWT dan Dia sedang melihat kita
3) Sedar bahawa Allah SWT juga mengetahui segala yang terkandung dalam hati kita.

7) Takbiratul-ihram. Semasa mengangkat takbir, 3 perkara juga perlu diambil perhatian.

1) Sebutan hendaklah betul
2) Mengangkat tangan sehingga ke telinga seolah-olah telah membuang kebelakang segala-galanya selain Allah SWT
3) Ketika ‘Allahu Akbar’ disebut hati hendaklah penuh dengan kebesaran dan keagungan Allah

8) Qiam. Berdiri tegak juga mempunyai tiga bahagian.

1) Pandangan hendaklah tertumpu ke tempat sujud
2) Hati hendaklah membayangkan bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah
3) Jangan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang lain

Sesiapa yang melihat ke sana ke sini semasa bersolah adalah seumpama seorang yang mendapat peluang menghadap raja selepas bersusah payah memujuk dan merayu pengawal-pengawal istana. Apabila raja mula memberi perhatian kepadanya dia pula mulai melihat ke sana ke sini. Dalam keadaan sedemikian bagaimana pula raja akan memberi perhatian kepadanya?

9) Qiraat. (Bacaan ayat-ayat dalam Al Qur’an) Juga mempunyai tiga perkara.

1) Membaca dengan tartil
2) Hayatilah makna bacaan ayat-ayat al Qur’an dan
3) Mengamalkan segala yang dibaca

10) Rukuk. Mempunyai tiga perkara.

1) Belakang hendaklah lurus, tidak ke bawah dan tidak ke atas (ulamak memberitahu bahawa kepala, belakang dan pinggang hendaklah berkeadaan lurus)
2) Jari-jari tangan direnggangkan sewaktu memegang lutut
3) Bertasbih dalam keadaa tenang serta hati penuh dengan kebsesaran Allah SWT.

11) Sujud. Mempunyai tiga perkara yang perlu diambil perhatian.

1) Semasa sujud kedua-dua tapak tangan perlu sejajar dengan telinga
2) kedua-dua siku ditinggikan dari lantai
3) Membaca tasbih dengan rasa kebesaran terhadap Allah


12) Duduk ketika tahiyat. Tiga perkara perlu diketahui.

1) Tegakkan tapak kaki kanan dan duduk diatas kaki kiri (pada tahyat awal). Seperti gambar berikut:


2) Bacalah tahyat dengan penuh khuysuk dan rasa kebesaran Allah SWT serta menghayati bacaan dalam tahiyat kerana dalam bacaan itu mengandungi selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan doa untuk orang mukmin
3) Semasa memberi salam hendaklah berniat untuk mengucap salam kepada para malaikat serta kepada mereka yang berada di sebelah kanan dan kiri.

 

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh.

Pentingnya Solat – Pahala Solat Hadith 3

November 13, 2008

Dipetik dari : FADHILAT AMAL

Penulis : Dr. Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismilla hir Rohman nir Rohim

Allahumma sholli ‘ala Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh

Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),

“Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”
           (Surah Hud, Ayat 114)

Hadis yang tersebut di atas menunjukkan kelakuan Salman r.a-seorang sahabat Rasulullah. Para sahabat Baginda amat mengasihinya. Mereka sentiasa mengenangi masa yang Baginda berada bersama-sama mereka. Mereka akan melakukan sesuatu lakuan tepat sebagaimana mereka lihat Baginda melakukannya di masa yang tertentu itu. Seseungguhnya matlah sukar hendak dicakup segala sunnah Rasulullah s.a.w mengenai pentingnya solat serta hadis-hadis yang menyatakan keampunan bagi mereka yang menjaga solatnya.

Sebagaimana yang telah disebutkan dahulu bahawa ahlul kalam membatasi keampunan ini hanya kepada dosa-dosa kecil sahaja tetapi batasan ini tidaklah terdapat pada isi kandungan hadis ini.

Ayahku memberi dua sebab. Pertama, seseorang itu bukanlah seorang Islam tulin kalau dia melakukan sebarang dosa besar. Kalau dosa-dosa seumpama itu dilakukannya maka dia akan menggelisah (kerana khauf atau takut akan Allah) sehingga dia membersihkan dosa-dosa itu dengan air matanya yang dialirkan di hadapan Allah s.w.t kerana bertaubat. Kedua, kerana orang yang solat dengan khusyu’ dan tawadhu’ tentulah dia beristighfar beberapa kali dalam sehari. Misalnya, lihatlah pada doa penutup solat yang mafhum lafaz nya iaitu;

“Wahai Tuhanku, bahawasanya aku telah menganiaya akan diriku aniaya yang banyak. Tak ada yang sanggup mengampuni dosa melainkan Engkau, maka ampunilah akan daku dengan ampunan dari sisiMu dan rahmatilah akan daku, bahawasanya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Dalam hadis yang tersebut 


Biasanya di musim daun-daun gugur, lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daunpun yang tinggal. Begitulah kesannya solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyu’ dan tawadhu’. Segala dosa yang dilakukan oleh seseorang yan bersolat adalah dihapuskan.

Bagaimanapun hendaklah diingat bahawa menurut pendapat ahlul kalam, hanya dosa-dosa kecil saja yang terampun dengan solat. Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.

Oleh itu, patutlah kita, di samping bersolat, jangan lupa bertaubat dan beristighfar. Semoga Allah s.w.t dengan limpah rahmatNya, mengampunkan juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana Allah.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh.

Kelebihan- Kelebihan Bulan Ramadhan Hadith 1

November 13, 2008

Dipetik dari : FADHILAT AMAL

Penulis : Dr. Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismilla hir Rohman nir Rohim

Allahumma sholli ‘ala Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh

 

Hazrat Salman R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya’aban :

“Wahai manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi berkat. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam (Lailatul-Qadar) Yang lebih baik dari seribu bulan. Satu bulan yang Allah S.W.T telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya(bertarawikh) sebagai satu amalan sunnat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu didalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan yang lain”

Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan diri dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata “Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”, Maka Rasulullah S.A.W bersabda “Allah S.W.T memberi pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”

Ia adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya(Pekerjaan-pekerjaannya) pada bulanitu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkan lah pada bulan itu empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkataan lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain dari Allah S.W.T. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapayang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah S.W.T akan memberinya minum dari telagaku(Pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

Keterangan :-
[Keterangan Akan disambung sedikit demi sedikit…]

Terdapat pertikaian di kalangan para muhaddithin terhadap beberapa orang perawi hadith ini. Namun demikian mereka masih boleh diterima dengan alasan bahawa, pertamanya hadith ini merupakan hadith fadhail dan keduanya kebanyakan isi hadith ini disokong oleh riwayat-riwayat yang lain. Beberapa perkara dapat diketahui dari hadith ini. Pertamanya, perhatian yang diberikan oleh Nabi S.A.W secara khusus diakhir Sya’ban untuk memberi penerangan dan peringatan kepada orang ramai agar satu saat pun daripada Ramadhan Al-mubarak tidak berlalu dengan lalai. Kemudian dalam peringatan itu selepas menerangkan kelebihan keseluruhan bulan tersebut, Baginda telah menarik perhatian kita secara khusus kepada beberapa perkara. Pertama-tamanya ialah Lailatul Qadr. Pada Hakikatnya ia adalah satu malam yang sangat penting. Penerangan tentangnya didalam kitab ini akan datang dalam bahagian yang kedua nanti.

Selepas itu Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa Allah S.W.T telah memfardhukan puasa padanya dan telah menjadikan berdiri pada malamnya yakni Tarawikh sebagai satu amalan sunnat. Dari kenyataan ini, dapat diketahui bahawa perintah untuk Tarawikh datang dari Allah S.W.T sendiri. Mana-mana riwayat yang menyatakan bahawa Nabi S.A.W mengaitkan perintah itu kepadanya sendiri dengan berkata “Saya yang menjadikannya sunat” membawa maksud penekanan iaitu Rasulullah S.A.W sangat memberi penekanan terhadapnya. Oleh kerana itulah semua imam-imam mazhab bersepakat bahawa ia adalah sunat. Ditulis dalam kitab ‘Burhan‘ bahawa dikalangan orang-orang islam, tiada yang mengingkarinya kecuali golongan Syiah. Hazrat Maulana Shah Abdul Haq Muhaddith Dehlawi rah. telah menukilkan didalam kitabnya Ma Thabata Bissunnah dari beberapa kitab feqah bahawa sekiranya penduduk mana-mana bandar meniggalkan solah Tarawikh maka pemerintah hendaklah memerangi mereka dengan alasan peninggalan tersebut.

Disiini ada satu hal yang sangat penting untuk diperhatikan. Orang ramai menganggap bahawa sudah memadai mereka bersolah Tarawikh dengan mendengar seluruh Al-Quran dibacakan dalam lapan atau sepuluh malam dimana-mana masjid dan selepas itu mereka terus rehat. Perlu diperhatikan disini bahawa terdapat dua sunnah yang berasingan. Membaca atau mendengar seluruh Al-Quran di dalam Tarawikh, ini adalah satu sunnah yang tersendiri. Manakala bersolah Tarawikh di sepanjang Ramadhan juga adalah satu sunnah yang tersendiri. Jadi sekiranya amalan orang ramai seperti yang dinyatakan diatas maka mereka telah mengamalkan hanya satu sunnah dan meninggalkan satu sunnah yang lain. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang susah untuk berada setempat kerana perjalanan dan lain-lain, adalah baik jika mereka dapat mendengar seluruh bacaan Al-Quran didalam solah Tarawikh pada beberapa hari permulaan supaya tidak akan berlaku kekurangan dalam mendengar bacaan Al-quran dan kemudian apabila ada peluang maka dia bersolah Tarawikh. Dengan cara ini bacaan Al-Qurannya pun tidak Terabai dan kerjanya pun tidak terganggu.

Setelah menyebut tentang puasa dan Tarawikh, Baginda S.A.W telah menumpukan perhatian kita kepada hal mengambil berat amalan-amalan fardhu dan sunat yang umum. Pahala satu amalan sunat adalah sama dengan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain dan pahala satu amalan fardhu adalah sama dengan tujuh puluh amalan fardhu di bulan yang lain.

Perlu kita renungkan keadaan ibadat-ibadat kita masing-masing. Pada bulan yang diberkati ini setakat mana kita mengambil berat pada amalan-amalan fardhu dan setakat mana terdapat pertambahan didalam amalan-amalan sunat.

Kecuaian kita terhadap amalan-amalan fardhu begitu ketara sehingga ada diantara kita yang tidur semula selepas bersahur maka solah subuhnya terpaksa diqadha ataupun sekurang-kurangnya kebanyakan orang akan terlepas dari solah berjemaah. Seolah-olah kita sanggup bersyukur diatas makanan yang dimakan ketika bersahur hanya dengan mengqadha satu perintah yang paling penting disisi Allah S.W.T atau sekurang-kurangnya menunaikan dalam keadaan cacat kerana ahli usul feqah menyatakan bahawa menunaikan solah tanpa berjemaah adalah satu amalan yang cacat. Disamping itu Rasulullah S.A.W telah bersabda “Solah orang yang berhampiran dengan masjid bukanlah solah kalau ia tidak ditunaikan dimasjid.” Ditulis dalam kitab Mazahirul-Haq bahawa orang yang bersolah dengan tidak berjemaah tanpa sebarang uzur walaupun gugur kefardhuan dari tanggungjawabnya tetapi dia tidak akan mendapat pahala dari solahnya itu. Begitu juga solah Maghrib secara berjemaah turut terlepas kerana iftar(berbuka). Jauh sekali dari mendapat rakaat pertama atau takbir pertama bersama imam. Ramai yang terlalu ghirah menunaikan Tarawikh makan ada diantara mereka yang menunaikan solah Isya’ sebelum waktunya.

Inilah Keadaan solah kita pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang merupakan fardhu yang paling penting. Disebabkan satu fardhu, tiga fardhu yang lain telah disia-siakan. Fardhu-fardhu ini adalah biasa, sedangkan kita lihat dengan mata kita sendiri bahawa terdapat juga solah zohor dikorbankan kerana kita tidur pada waktu tengah hari, Solah Asar dikorbankan kerana kita sibuk membeli belah barang-barang untuk berbuka.

Seterusnya, tuan-tuan cuba perhatikan amalan-amalan fardhu yang lain. Sebanyak mana ia dilaksanakan di dalam Ramadhan. Jika begitulah keadaan amalan fardhu, maka keadaan amalan sunat tidak perlu dipersoalkan lagi. Dalam bulan Ramadhan solat isyak dan Dhuha terkorban kerana kita biasanya tidur. Bagaimana pula kita dapat melakukan solat Awwabin sedangkan baru sahaja berbuka puasa dan akan tiba masa untuk Tarawikh pula. Masa Tahajjud pula bertepatan dengan waktu bersahur, dimanakah hendak dicari masa lapang untuk solat sunat. Semua ini sebenarnya kerana kurang kesungguhan dan tidak ada keinginan untuk melakukannya.

“Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih”

Berapa ramai hamba-hamba Allah yang masih ada kelapangan untuk melakukan semua perkara tersebut pada masa itu. Saya telah melihat guru saya Hazrat Maulana Khalil Ahmad Rah. didalam beberapa bulan Ramadhan. Walaupun telah tua dan uzur beliau masih lagi selepas bersolah Maghrib dapat membaca Al-Quran didalam solah atau memperdengarkan bacaanya kepada orang ramai sabnyak satu dan satu perempat juz Al-quran. Selepas itu setelah menyempurnakan makan minum dan lain-lain keperluan yang mengambil masa selama setengah jam, beliau akan menghabiskan dua hingga dua satu perempat jam didalam Tarawikh semasa tinggal di Madinah. Selepas itu, mengikut perubahan musim, setelah berehat selama dua hingga tiga jam, beliau akan membaca Al-Quran didalam Tahajjud dan setengah jam sebelum subuh beliau akan makan sahur. Selepas bersahur sehinggalah Subuh, kadang-kadang beliau membaca Al-quran secara hafalan dan kadang-kadang beliau sibuk dengan wirid dan zikir-zikir.

Dalam Keadaan kekaburan fajar beliau akan menunaikan solah subuh dan terus duduk sehingga Isyraq dalam keadaan muraqabah. Selepas Isyraq beliau berehat selama lebih kurang satu jam. Setelah itu sehinggalah pukul 12, atau pukul satu tengah hari semasa musim panas beliau sibuk menulis kitab “Bazlul Majhud” dan memerhatikan surat-surat serta merencanakan jawapannya. Selepas itu beliau berehat hingga ke Zohor. Dari Zohor hinggalah ke Asar beliau mentilawah Al-Quran. Dari Asar hingga ke Maghrib beliau sibuk dengan bertasbih dan melayan para tetamunya. Setelah selesai dari penulisan “Bazlul Majhud” sebahagian dari waktu paginya dihabiskan dengan membaca Al-quran dan sebahagian lagi waktu mentelaah kitab. Biasanya Kitab “Bazhul Majhud” dan “Wafaul-wafa” yang menjadi tumpuan perhatiannya.

Pada bulan Ramadhan pula tiada perubahan yang khusus dalam amalan-amalannya. Solah sunat itu adalah salah satu amalan yang berterusan dan beliau mengambil berat solah-solah tersebut disepanjang tahun. Cuma rakaat-rakaatnya diperpanjangkan di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selain dari itu terdapat ahlullah-ahlullah yang mempunyai amalan yang khusus untuk Ramadhan yang memang berat bagi setiap orang untuk mengikuti mereka.

Syaikhul-Hind Maulana Mahmudul Hasan Ganggohi Rah. pula sibuk dengan hanya membaca Al-Quran siang dan malam pada bulan Ramadhan sehingga surat-menyurat pun dihentikan dan beliau tidak begitu suka untuk ditemui. Cuma murid-muridnya yang khusus sahaja diizinkan untuk datang bertemu itu pun sekadar masa beliau meminum secawan dua teh selepas solah Tarawikh.

Kisah-kisah Ahlullah ini ditulis bukan tujuan supaya ia dibaca dengan sepintas lalu sahaja ataupun supaya dipuji. Sebenarnya ia bertujuan supaya dicontohi sesuai dengan kemampuan masing-masing dan seboleh-bolehnya ia diusahakan untuk disempurnakan kerana setiap cara mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mengatasi antara satu sama lain. Bagi mereka yang tidak terikat dengan kesibukan duniawi, sangat baik kalau mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk menggunakan seluruh bulan ini dengan sebaik-baiknya setelah mereka mensia-siakan sebelas bulan sebelumnya. Mereka yang bekerja dengan majikan yang terpaksa bekerja dipejabat dari pagi hingga ke petang, apa susahnya jika mereka habiskan waktu pagi sebelum ke pejabat dengan membaca Al-quran. Biasanya untuk keperluan duniawi yang lain pun kita tetap juga meluangkan masa selain daripada masa pejabat untuknya.

Bagi para petani pula, tidaklah mereka bekerja dengan man-mana majikan dan tidak juga mereka mesti mengikut peraturan yang tidak boleh diubah ataupun bukanlah mereka tidak boleh membaca Al-Qurab ketika duduk-duduk di kebun. Untuk para peniaga, Mereka langsung tidak menghadapi apa-apa kesusahan. Mereka boleh mengurangkan sedikit masa perniagaan mereka ataupun paling kurang mereka dapat membaca Al-Quran sambil berniaga. Ini adalah kerana bulan Ramadhan Al-Mubarak ini mempunyai kaitan yang rapat dengan Kalamullah. Oleh kerana itulah secara umumnya semua kitab-kitab allah diturunkan pada bulan ini. Lantaran itu Al-Quran Ul- Karim keseluruhannya diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia pada bulan ini dan kemudian sedikit demi sedikit ke dunia bersesuaian dengan peristiwa dalam masa dua puluh tiga tahun.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh.

Umat Islam kurang berdakwah

November 5, 2008

Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.

 
 
   

 

Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas, apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada muslim yang menegur.

 

Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat dengan tidak diberi pahala dan seterusenya menjadi penghuni neraka.

Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu ?Usul Fiqh? maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT).

Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : ?Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.?

Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih berpeluang untuk melakukannya.

Kewajipan menyampaikan informasi agama kepada ummah

 

Hal ini telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis Sohih riwayat Ibnu Omar r.a. daripada Rasulullah yang bermaksud : ?Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat, tidak menapa kamu lakukan (ceritakan) riwayat daripada Bani Israel, dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, maka disediakan tempat baginya daripada api neraka.? Hadis riwayat Imam al-Bukahri dan at-Tirmizi.

Jelas daripada keterangan hadis di atas, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengarahkan umatnya agar sentiasa menjalankan kewajipan menyampaikan ajaran Islam sesama mereka tanpa perasaan prejudis, ia bertujuan untuk menyelamatkan saudara-saudara seagama daripada terus dirundung malang seperti tidak mampu untuk menguasai ilmu-ilmu agama yang semestinya mereka wajib pelajari.

Kita cuba sama-sama bertanya pada diri sendiri, mengapa masih tidak mampu untuk bercakap pada perkara atau urusan agama? Sedangkan kita sudah lama menjadi orang Islam, sedangkan pada masa yang sama saudara-saudara baru kita bersungguh-sungguh menarik orang lain kepada Islam, mereka mempersiapkan diri dengan informasi agama dalam pelbagai pendekatan, sedangkan kita yang sudah bergelar saudara lamapun masih di takuk lama, tidak mahu berubah, kita kata mahu masuk syurga, belajar pun tak mahu, menguasai ilmu agama pun tidak mahu, apatah lagi untuk menyampaikan maklumat Islam kepada orang lain, apakah kita rasa kita sudah berbakti kepada agama?.

Apa yang dapat kita saksikan menerusi program-program di kaca TV, ramai orang Islam petah bercakap mengenai filem, drama, hiburan, sukan tetapi pada masa sama idak berapa petah atau fasih tentang Islam, rasa janggal dan kekok untuk memperkatakannya, bila bercakap tidak mampu untuk berlapik dengan ayat-ayat al-Quran walaupun satu ayat daripadanya, begitu juga dengan hadis-hadis Nabi s.a.w. Sedangkan kita bukan sehari dua menganut Islam, sudah mencecah puluhan tahun dan diberi banyak peluang untuk menguasainya, tetapi tidak mahu melakukannya.

Nabi s.a.w. menyarankan kepada kita apa yang termampu kita sampaikan, kalau tahu satu informasi, sampaikanlah juga kepada orang lain agar mereka juga dapat diingatkan dengan keindahan Islam, kalau tahu dua sampaikan dua, begitulah seterusnya, apa yang menduka-citakan banyak pihak di kalangan orang awam, membiarkan maksiat terus berleluasa tanpa dicegah dan tidak juga menyuruh kepada perkara yang baik-baik yang dijanjikan dengan pahala yang besar daripada Allah SWT, akhirnya umat terus hanyut dalam lautan kegelapan dan merasakan tindakan yang mereka selama ini betul belaka.

Hadis di atas juga mengingatkan kepada kita bahawa tidak menjadi masalah dalam agama Islam jika kita menceritakan perkara-perkara jahat yang dicetuskan oleh orang-orang Yahudi yang sering merancang untuk melakukan kerosakan dalam alam maya ini, sama ada kerosakan dari sudut akhlak manusia atau dalam sistem ekonomi agar manusia tenggelam dalam kancah yang dihina oleh Allah SWT.

Bani Israel (Yahudi) merupakan makhlak perosak yang mencipta segenap perancangan jahat untuk memusnahkan bangsa manusia seluruhnya, perkara ini telah dibonkar oleh al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam hingga hari kiamat, siapa yang berjaya menguasainya pasti akan selamat sebaliknya siapa yang mendustakannya pasti tidak akan selamat di akhirat.

Seperkara lagi yang diingatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis berkenaan, larangan kepada umat Islam dari melakukan tindakan berani dengan membohongi ajaran baginda, menedustai Nabi bermaksud, kita bercakap dan menyandarkan kata-kata itu kepada Rasulullah, sedangkan apa yang kita cakap tidak pernah dinyatakan oleh baginda, begitulah tindakan sebaliknya, menafikan sunnah baginda juga boleh dianggap sebagai tindakan membohongi baginda s.a.w. Akibatnya seseorang itu layak dimasukkan dalam api neraka dengan bangkunya yang disediakan daripada api neraka juga.

Sedang berfikir untuk menceburi bidang perniagaan …. Sila baca ini dahulu!

November 2, 2008

Penulis : Ahmad Raj Bin Abdullah

 

Artikel ‘semua yang anda ingin tahu’ ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang  memberi  satu senarai ‘sebelum anda bermula’ yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.

Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat.  Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan  yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha  gigih untuk mendapatkan  semula peluang tersebut.

Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan  juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

2. Menentukan perniagaan yang ‘sesuai untuk anda’. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

3. Kenalpasti ‘niche’ perniagaan anda.  Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?

4. Buat senarai ‘pra-perniagaan’.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?

Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh  yang boleh berfungsi sebagai ‘blueprint’. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.

Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan.  Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

November 2, 2008

Penulis : Ahmad Raj Bin Abdullah

 

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
 
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja.  Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.  

2. Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik  pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25  cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi  perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan  mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda  fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang  mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat  boleh musnah dengan segera!

 

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara  untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda.  Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang  membawa masuk jualan. 

8. Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada  ‘Mastermind’

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah,  kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

* Mukmin Yang Engkau Amalkan,…Tak Kena Gayanya *

November 2, 2008

Penulis : Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismilla hir Rohman nir Rohim

Allahumma sholli ‘ala Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

 

Orang mukmin itu hanya tinggal menentukan dan melaksanakan saja Iman nya di-dalam rukun Islam 5 perkara. Maka itulah di-maksudkan orang mukmin atau ‘mukminuun’  itu sebagai “orang yang sudah beriman”. Iman mereka sama dengan Iman nya para Nabi dan Rasul.Para syuhada dan solehin serta para tabiin. Keutamaan dalam beramal ibadah mereka terhadap Allah dan rasulnya adalah menepati akan intisari dan kehendak di-dalam kalimah Thoyibah ia-itu ‘ La Ilaha Illa Allah ‘.

Tegasnya disini adalah amalan “orang mukmin” tidak menyekutukan Tuhan yang di-hadapnya.Serta  Allah yang di-sembah.

Semua orang boleh atau bisa saja mengaku ngaku sebagai seorang “mukmin”.Tetapi mau tahulah “mukmin” yang mana satu.Menepati akan Iman nya di-dalam rukun islam 5 perkara itu bukan hanya asal asalan aje. Brapa ramaikah orang orang islam mengerti maksud sedemikian. Kebanykkan orang islam hanya percaya pada Allah. Tetapi orang “mukmin” percaya ‘ada’ nya Allah. Tidak sama dengan hanya percaya ‘pada’ Allah. Bukankah berbeda hal tersebut.

Untuk lebih jelas dan luas akan kefahaman siapakah orang ” mukmin” itu. Lihatlah dalam kitab Al-quran surah Al-Mukminuun. Ayat 1 hingga 11.Moga mendapat munafaat akan intisarinya dan kehendaknya.

Untuk membuka minda kita dalam hal tersebut agar berfikir dengan ‘akalnya orang islam.Di-dalam sebuah Hadiths Nabi pula,  ada mengatakan  sholat orang mukmin itu bermi’raj. Sholat kita sebagai seorang islam adakah sedemikian? Jika tidak sedemikian, rata rata ramai orang orang islam maseh belum mengerti apa maksud yang dikatakan;

1. Islam ‘ada’ ucapan nya.

2. Islam ‘ada’ sembahyang nya.

3. Islam ‘ada’ puasa nya.

4. Islam ‘ada’ zakat dan fitroh nya.

5. Islam ‘ada’ Haji nya, dan,…

6. Islam ‘ada’ makrifat nya.

Jika benar amalan kita sebagai seorang islam menepati akan intisari dan kehendak tersebut. Sememangnya benar orang mukmin itu adalah orang Islam. Namun jika sebaliknya pula, apakah jika kalimat berikut ditujukan kepada kita bahawa seorang islam itu belum tentu sebagai seorang mukmin, oleh kerana ” Mukmin yang engkau amalkan tak kena gayanya” apakah bisa di-terima dengan jujur dan ikhlas.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh.

:: Sembahyang dalam Agama Islam menempatkan Derajat ::

November 2, 2008

Penulis : Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismillah hirrahman nirrahim

Allahumma salli ‘ala Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

 

Sembahyang ialah ibadat yang terdiri dari ‘perkataan’ dan ‘perbuatan’ tertentu. Dimulai dengan ‘takbiratul Ihram’ dan di-akhiri dengan ‘salam’. Sembahyang dalam agama islam menempatkan derajat kedudukan yang tak dapat di-tandingi oleh ‘amal ibadat manapun juga. Sembahyang adalah sebagai tunggak ‘tiang agama’. Tidak akan dapat tegak ‘tiang agama’ tersebut oleh amal ibadat yang lainnya melainkan hanya dengan sembahyang jua.

Dalam hal tersebut; Rasulullah saw bersabda, yang erti: “Pokok segala urusan itu ialah islam. Sedang tiangnya ialah sembahyang. Dan puncaknya ialah berjuang di-jalan Allah”.

Memberi kefahaman bahawa, sembahyang merupakan tulang punggung dari semua ‘amal perbuatan. Sembahyang juga adalah ‘amalan yang pertama akan di-hisab kelak di-akhirat.Menurut sebuah hadiths yang berbunyi;

‘Amalan yang mula mula dihisab dari seorang hamba pada hari qiamat ialah sembahyang.Jika sembahyangnya didapati baik, maka baiklah seluroh ‘amalannya. Sebaliknya pula jika didapati jelek sembahyangnya, maka jeleklah pula seluroh ‘amalannya yang lain.”

Supaya menepati akan intisari dan kehendak didalam bersembahyang maka mestilah dimuatkan dengan ilmu pengetahuan sembahyang juga. Ibarat jika kita hendak berenang. Semestinya kita belajar ilmu pengetahuan kaedah kaedah berenang.Jika hal tersebut tidak dilakukan maka dikuathirkan kelemasan serta hayut kelak.

Telah dikatakan dari awal awalnya bahawa  ” Sembahyang dalam agama islam menempatkan derajat kedudukan yang tak dapat di-tandingi oleh ‘amal ibadat manapun juga”. Justeru itu jika hal tersebut tidak dapat difahami oleh penganut agama islam itu sendiri maka, akan menjadi rugi serugi ruginya. Rugi dengan ertikata yang lain menjadi sia sialah sembahyang tersebut terhadap Allah dan rasulNya.

 Kalimat yang dimulai pada ‘takbiratul ihram’ adalah ‘Allaahu Akbar’ ertinya Allah Maha Besar. Bahawasenya, itu bukanlah perkataan sia sia atau olok olok -” wama huwa bilhazli “ QS. 87:14. dan juga bukan perkataan syaitan direjam “wamahuwa biqauli syaitanin rajimin” QS.81:25. Maka,  adakah hendak dijadikan Sembahyang sebagai amal ibadat yang terdiri dari ‘perkataan’ dan ‘perbuatan’ tertentu didalamnya menjadi sia sia?

Justeru itu ‘pandangan’ yang mempunyai ilmu pengetahuan bisa membedakan sama ada  pengamal sembahyang tersebut memahami akan intisari dan kehendak sembahyang itu dilaksanakan, amatlah jelas sekali. Maka sama ada perlaksanaan sembahyang itu baik atau pun jelek yang pastinya, diri kita mesti  mengetahui.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

* Manakah Kitab yang dikatakan Kitab ilmu hakikat *

November 2, 2008

Penulis : Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismillah hirrahman nirrahim

Allahumma salli ‘ala Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

 

Kalau kita ada kitab.

Kita tulis dan salin dalam kitab

Iaitu kitab hakikat.

“Ada” ,….tulis dalam kitab.

Kenapa engkau tidak salin.

Waktu engkau salin “Adam”,…

Engkau ada dimana?

Waktu engkau salin “Muhammad”,….

Engkau ada dimana?

Kalau begitu,…

Manakah kitab yang dikatakan,…Kitab ilmu hakikat?

Engkau carilah kitabnya dekat kedai.

Kalau ada jual.

 

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuh.