** Muncul-lah bermacam macam “nabi” dan “rasul” palsu **

November 2, 2008

Penulis :  Ahmad Raj Bin Abdullah

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismillah hirrahman nirrahim

Allahumma salli ‘ala Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

 

Jika engkau benar mempunyai “nabi’ dan “rasul” pada hakikatnya,…

Semestinya engkau ada memakai,..

 Kalimah Nabi. dan Kalimah Rasul.

Oleh kerana banyak yang tak mengerti,..

Apa itu kalimah Nabi.

Apa itu Kalimah Rasul.

Maka,….

Muncullah bermacam macam,…

“nabi” dan,..

bermacam macam,..

 “rasul” yang palsu.

Di-akhir akhir zaman ini.

Bolehkah engkau ketahui kepalsuan itu?

Tanyalah kepada mereka yang memahami dan mengetahui,..

Apakah itu yang dikatakan,..

 “Hakikat Nabi” dan,..

 Apakah itu yang dikatakan,..

“Hakikat Rasul”

Betulkah engkau sudah kenal siapa itu,..

 “Muhammad Rasulullah”

Sudah pastinya engkau dapat memberi penjelasan yang cukup jelas

Apa yang terkandung didalam,..

Kalimah Nabi dan,…

Apa yang terkandung didalam,..

Kalimah Rasul.

 

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuh

:: Tahukah Membedakan,… Muhaddas Qadim? ::

November 2, 2008

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismilla hir Rohman nir Rohim

Allahumma sholli ‘ala Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

 

‘Akal manusia yang sempurna sajalah yang dapat membedakan antara “muhaddas” dengan “qadim”.Tidak dapat ‘akal yang sempurna pada apa apa jua ciptaan Allah SWT. Melainkan ‘akal itu hanya diberikan kepada  ciptaan didalam diri manusia yang sudah mencapai taraf  ” Laqad kholaqnal insaana fi ahsani taqwim”.

“Laqad kholaqnal insaana fi ahsani taqwim” QS:95:4. (Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya)

“…fi ahsani taqwim” (dalam bentuk yang sebaik baiknya) sajalah yang diterima Allah dan rasulNya.Selain dari hal yang telah difirmankan oleh Allah swt, nescaya akan ditolak. Meskipun “insan” itu adalah ciptaanNya.Yang bersifat “muhaddas” juga,” fi ahsani taqwiim” itu-lah yang bisa membedakan antara “muhaddas dengan qadim”. Membedakan dengan menyatakan suatu “hukum’ atau “undang-undang”.

Tanpa dinyatakan “hukum” ataupun “undang undang”, sifat “muhaddas” yang dikira “barang yang kena jadi” ataupun yang bersifat baharu itu, akan berlawanan dengan yang “qadim”. ketentuan inilah ramai yang tidak dapat menepati.Walaupun cakapnya saja benar  namun, apabila dilihat akan perbuatan ‘amalan yang dilakukan.Maseh belum bisa dapat secara perbuatan pada sifat sifat “muhaddas” itu menunjukkan perbedaan antara “muhaddas dengan qadim”.

Dengan ketentuan, apabila dapat dinyatakan “hukum” pada diri “muhaddas” itu maka, dapatlah ianya digelar “puji muhaddas kepada yang qadim”. Tidak heranlah jika disebut sebut sebagai “ahli puji kenal” iaitu “puji makrifat” adalah “puji suci”. Justeru membolehkan “muhaddas” itu pergi kepada “qadim” yang bersenyawa didalam dirinya. Hal sedemikian saja yang bisa didapati  di-dalam agama islam yang tulen!

Sebaliknya pula jika awal mula dalam ‘amal ibadah manusia tidak dapat membedakan antara “muhaddas dengan qadim”, dikuathri boleh termasukan ‘amalan manusia kepada golongan golongan yang fasik,serta jahil dalam beribadat kepada Allah dan rasulNya. Justeru dari itu akan menjadilah seorang manusia yang rugi,.. serugi ruginya.Firman Allah swt yang berbunyi;

” Wal’asr. Innal insaana lafii khusrin.Illal laziina ‘amanu wa’amilus saalihati watawasau bilhaqqi.watawasau bissabri.” QS:103; 1-3. ( Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian.Kecuali orang orang yang beriman dan ber’amal soleh,dan mereka saling nasehat-menasehati dengan kebenaran dan nasehat-menasehati dengan kesabaran.)

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh.

 

:: ‘Politik’… Bukan… ‘Tasawuf’ ::

November 2, 2008

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismillah hirrohman nirrohim

Allahumma sholli ‘ala Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma sholli’ala sai’idina wamaulana Muhammad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

 

Berapa banyak contoh contoh yang sudah diperlihatkan Allah pada akhir zaman ini iaitu, gara gara manusia yang coba bercampuk adukan antara kemurnian agama islam dan ‘POLITIK’.Lebih lebih lagi apabila bicara tentang ‘TASAWUF’ sering beranggapan bahawa ‘TASAWUF’ dengan ‘POLITIK’ mempunyai kesamaan dalam agama islam.Sebenarnya ‘TASAWUF’ tidak dan tidak akan pernah mewakili mana mana perorangan,partai partai atau pertubohan pertubohan yang berbau ‘POLITIK’.

Yang sering dan gemar melaung laungkan kedepan agenda agenda ‘POLITIK’ mempunyai kesamaan dengan ‘TASAWUF’, adalah golongan golongan yang telah memperalatkan agama islam demi kepentingan dan muslihat mereka semata mata.Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan perilaku tabiat mereka berbuat demikian. Maka, maruah agama islam sanggup didagangkannya.Namun apa jua halnya, yang amat jelas, rata rata golongan golongan sedemikian kurang pengetahuan agama islam atau tegasnya jahil pada agama islam yang dianuti mereka.Apatah lagi pada membicarakan berkenaan ‘TASAWUF’

‘TASAWUF’ sebenarnya adalah ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada para Nabi dan rasul,para suhada’,solehin, dan juga kepada mereka yang telah benar benar mendapat pertunjuk taufiq dan hidayah dari Allah dan rasulNya. ‘TASAWUF’  jika diperhalusi adalah ciri ciri khusus ilmu memperkenalkan diri.Maka kehalusan yang terdapat dari mereka yang benar benar mengamalkan ciri ciri ilmu ‘TASAWUF’, orangnya pula disebut sebagai ‘SUFI’. 

Kerjanya tidak lain, hanyalah menjalankan dasar agama islam yang suci murni.Kemuncaknya dalam pengamalan dengan ilmu ‘TASAWUF’ dapat dilihat amat jelas apabila dapat berkata dengan sebenar benar kata iaitu ‘tidak ada tuhan yang disembah.melainkan Allah’ Sebabnya orang tersebut sudah menjadi ‘setia usaha ahli bagi TASAWUF’.Kerana orang itu telah mendapat perjalanan ‘ ahli puji makrifat.Puji kenal’

Ingatlah wahai saudara saudara dan berfikirlah dengan akal yang sempurna.Jika golongan golongan yang suka memperadukkan antara ‘POLITIK’ dengan ‘TASAWUF’, kemudian dikatakan mereka bahawa itu sebagai amalan didalam agama islam, maka seharusnya bertanyakanlah kepada diri kita dengan jujur dan ikhlas iaitu, ini macam lama yang sudah, mereka katakan iaitu, ‘POLITIK’ itu adalah ‘TASAWUF’ ;

1: Apakah buktinya yang golongan golongan tersebut telah bawa balik(‘alam barzhak)  ? Ummat manusia sejagat ingin mengetahuinya.dan,….

2: Untuk yang masih hidup pula dikalangan golongan tersebut, apakah khabar agama yang golongan golongan tersebut telah menerima dari Allah dan rasulNya? khabarkanlah!

“Dalam perkara agama, jangan main sewenang wenangnya.Main perkara politik” (sumber: suara ilham roh mutmainnah.12.11.1968,)

Sepatutnya kita mesti ” Imankan agama yang yang bertuah.” supaya menjadi “golongan golongan yang takuti Allah.Kita tidak mahu ikut kaum yang fasik fasikin” (sumber: suara ilham roh mutmainnah.11.5.1968,)

Sayang saudara!,…kebanyakan dari golongan golongan yang gemar mencampuh adukkan antara ‘POLITIK’ dengan ‘TASAWUF’ adalah terdapat didalam golongan mereka, orang orang ahli mengaji ahlil kitab.Apakah mereka semua tidak tahu ini halkah?

Ya,..sukacitanya ditegaskan lagi jika saudara ingin bertanyakan kepada saya bahagian ‘POLITIK’, ….

“aku tak tahu.Kalau bahagian sembah aku tau.Ingatlah wahai saudara saudara.Ini semua ‘SYAITAN’.Bersaksilah awak.Ingatlah wahai saudara saudara,Ingatlah! Dia kasi tau mula mula apa? Kita tak taulah.Yang tau ialah Nabi.Nabi lah yang memberi tau kita mula mula sekali dia bagi tau kita apa? Ummat ummat Nabi yang mengikut Nabi ‘menyembah’ (sumber: suara ilham roh mutmainnah, 15.7.1971)

Wabillahi taufiq walhidayah wasallamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuh

Khabar Agama Untuk Ummat Ummat Nabi Muhammad S.A.W

November 2, 2008

Khabar Agama Untuk Umat Umat Nabi Muhammad

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.
Bismillah hirrahman nirrahim.
Allahumma salli ‘ala Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina wamaulana Muhammad.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Terlebih dahulu saya bermohon ampun dan maaf kepada Allah dan rasulNya. Kepada almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit yang telah kembali kerahmat Allah. Kepada ibu-ibu, bapa’-bapa’, saudara saudara dan saudari saudari ehkwanul muslimin dan muslimat yang dikasehi.

1428 tahun telah berlalu, hinggalah sampai kemasa sekarang ramai yang maseh belum ketahui bahawa sesungguhnya, satu khabar dengan satu mulia telah disampaikan kepada seorang hambaNya. Beliau yang saya maksudkan adalah almarhum wakil guru kami iaitu Ust. Hassan bin Muhammad Jonit. Mulai dari tahun 1964 hinggalah kepada tahun 2004, beliau telah menerima khabar agama melalui ‘ Suara Ilham Roh Mutmainnah’.

Sebelum di-lanjutkan khabar agama tersebut, Haraplah dapat kiranya saudara saudara sekalian meluangkan sedikit waktu dan masa membaca serta membuat renungan peribadi akan hal yang hendak disampaikan. Jika saudara saudara merasakan ini adalah suatu yang mengkelirukan atau menyimpang dari dasar agama islam yang diredhoi Allah dan rasulNya, saudara berhak untuk tidak meneruskan membaca akan sisi kandungan surat ini. Kami tidak memaksa siapa siapa mengikut kami, kami tidak pujuk rayu untuk mendapatkan simpati atau layanan serupanya. Kami tidak ada membawa seberang laporan politik. kami juga bukan hendak menakloki sesebuah negara. Kami tidak ada kuasa atas saudara saudara semua.

Kami sebagai memegang amanah yang telah di-khabarkan, mestilah untuk khabar mengkhabarkan kepada ummat ummat Nabi Muhammad pada dunia sejagad. Itu saja, sekali lagi saya menekankan bahawa ,tidak ada paksaan pada siapa siapa jua untuk mengikut kami. Hanya keikhlasan serta ‘akal budi yang jujur kepada Allah dan rasulNya.

Malahan sepanjang lebih kurang 40 tahun, almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit telah difitnah dengan berbagai bagai tuduhan yang amat sangat. Kami sebagai penerus dan murid murid yang setia dan taat meng’amalkan ‘ hakikat nabi dan rasul’ yang berpandukan ‘Ilham Kitaballah, Kitabal Akbar’ menerusi ‘Suara ilham Roh Mutmainnah’ yang berpedoman pada Kitab Al-quran akan tetap mempertahankan supaya hal tersebut tidak berulang. Tugas dan tanggong jawab kami adalah;

1. Berhijrah kesatu tempat kesatu tempat dan kesatu negara kesatu negara, kesatu negeri kesatu negeri untuk mesti dikhabarkan berita agama yang sudah sampai kepada ummat ummat Nabi Muhammad .

2.Semenjak 1428 tahun, Petunjuk Taufiq dan Hidayah sudah sampai kepada ummat Nabi Muhammad dibahagian Nusantara ini, menerusi ‘ Suara Ilham Roh Mutmainnah’ yang disalurkan melalui saluran didalam diri iaitu Ust. Hassan bin Muhammad Jonit.Almarhum Ust. Hasan bin Muhammad Jonit telah menerima taufiqin adhim dari Allah dan rasulNya. selama 40 tahun.

3.Membersihkan nama baik almarhum dari tuduhan tuduhan selanjutnya serta sama sekali telah mengelirukan umat umat nabi Muhammad akan hal yang sebenar benarnya.

Sekali lagi di-ingatkan bahawasenya, setiap ayat-ayat atau pun kalimat-kalimat yang di-khabarkan kepada wakil guru almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit, adalah melalui ‘ Suara Ilham Roh Mutmainnah ‘ menerusi saluran di-dalam diri.Bukanlah setiap ayat-ayat atau pun kalimat-kalimat yang di-terimanya itu sia-sia atau pun suatu dongengan, atau pun suatu karangan manusia. Melainkan khabar-khabar agama yang telah di-terimanya semenjak tahun 1964 hinggalah pada tahun 2004, mengandungi addiinasuha.Khabar-khabar untuk menuju keampunan Allah dan rasulNya dengan mengamalkan ilmu pengetahuan agama Islam yang sah dan yang benar.

Allah Ta’ala tidak memungkiri janji bagi siapa-siapa yang mengikut hukum perintahNya. Allah Ta’ala tidak memungkiri janji bagi siapa-siapa yang engkar juga. Sebanyak 88 buah kitab, yang mengandungi 102 bab-bab, memuatkan khabar insaf, ilmu pengetahuan syariat yang membawa pada hakikat dan juga khabar ancaman.Bukanlah ‘ Ilham ‘ di-turunkan untuk mengantikan Kitab suci Al-Quran. Al-Quran adalah ‘ Haq-nya wahyu ‘, tetap maseh menjadi pedoman bagi ummat-ummat Nabi Muhammad .Manakala ‘ Ilham ‘ adalah ‘ Perkhabaran ‘ memberi penerangan akan kehendak-kehendak di-dalam soal aqidah yang dituntut untuk di-amalkan. Di-turunkan dengan ‘satu khabar dengan satu mulia’. Di-turunkan di-dalam ‘bahasa melayu’, serta di-salin oleh almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit di-dalam penulisan ‘ melayu jawi ‘ .

Ust. Hassan bin Muhammad Jonit bukan-lah seorang nabi dan bukan-lah beliau seorang rasul. Beliau hanya menerima khabar untuk dikhabarkan kembali kepada ummat ummat nabi Muhammad.

Dengan hati yang jujur ikhlas, serta mengunakan ‘akalnya orang islam, mari -lah kita saksikan apa yang telah di-khabarkan.

( Saya hanya petikan sedikit khabar khabar tersebut , sebagai renungan peribadi bersama. perlulah diingat khabar khabar agama yang telah diturunkan semenjak tahun 1964 hinggalah tahun 2004, merangkumi ilmu pengetahuan didalam bahagian usul. fiqeh, tasawuf amalan tauhid memperkenalkan segala gerak geri usul dan periksa di-dalam bahagian ‘syariat nabi, thoriqat nabi, hakikat nabi, makrifat nabi. ‘ nabi makrifatullah.)

29.5.1966:
” Astagrfirullah ” LAA ILAHA ILLALLAH ” dijadikan main-main engkau zaman menduakan . Allah Ta’ala .”

9.5.1968:

” Tasawuf, Aku wakilkan si-Hassan itu.
‘ Anamta’alaihim ‘. Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Tuhan-ku, Ya rasulullah.
Engkau dapat pertunjuk ‘ ilahidayat ‘
Orang yang dapat pertunjuk ‘ ila hayat ‘
Dengan senghaja kita keluarkan ilmu untuk umat Nabi Muhammad.”

26.11.68:

” Ini zaman kita sekarang sekalian. Sekarang satu khabar Itu apa? Satu khabar dengan satu mulia.”

13.11.1970:

” Walau macam mana pun.Dibangga-banggakan. Dan diabai-abaikan. Hendaklah mengatasi soal agama.” Insya’Allah ” Soal agama. Soal Laa ilaha illaallah. ”

16.3.1981

” Hey Hassan bin Muhammad Jonit, dunia ini akan balik dunia asal. Apabila engkau tiada lagi.Hey Hassan bin Muhammad Jonit, semua dunia bercampur baur. Gempa bumi yang paling dahsyat. sehinggakan manusia habis tak ada lagi yang hidup.Gempa bumi yang paling dahsyat tidak ada yang selamat. Melainkan orang yang mengikut Nabi Muhammad. Jangan mereka ingat harta mereka akan menolong mereka. Hey saudara-saudara. tuan-tuan.adik-adik, kakak, dunia ini muktamad, ikut umur si-Hassan. Sudah dijangkakan dunia akan kembali balik asal. Sekian.Assalamu’alaikum.”

28.12.2001

” Hey ummat Nabi Muhammad! tidakkah kamu berfikir.Apakah akan terjadi pada diri kita. Hey ummat Nabi Muhammad! apa akan jadi pada diri kita. kalau kita lalai dan leka. Asyik berpoya-poyah dengan bangsa asing yang hendak mematahkan kita.kelembah yang hina.Hey ummat Nabi Muhammad! tidakkah kamu berfikir.Apa akan jadi kamu di-belakang hari.Sedangkan kamu. Di-tawan demi hari ke-hari. Hey ummat Nabi Muhammad! tidakkah kamu faham kamu mengerti.Ummat sudah tidak berdaya dan berperi.Apa akan jadi. anak dan isteri. kaum keluarga habis lari.Hey ummat Nabi Muhammad! sedarkanlah diri. Hingga Nabi-mu. Tuhan-mu. Sudah tidak kenal lagi. Hey ummat Nabi Muhammad! apakah ada makna Tuhan kamu. Dan Nabi-mu.Sudah tak bernakna lagi.Hey ummat Nabi Muhammad! khabarkanlah. khabar yang berfaedah.Kepada mereka-mereka semua. Tidakkah kamu dapat tahu. Apakah ertinya bencana. bencana apakah yang melanda kamu. Yang tidak berperi kemanusian. Yang saya dapat memberi tahu kepada kamu. Amat-amatilah. Insya’Allah. kami akan memberi tahu kepada kamu. Sekiranya bencana itu akan berlaku.Hey ummat Nabi Muhammad! berkhabar-khabarlah kamu. Diantara satu sama lain. Janganlah sampai huru hara baru kamu hendak menyampaikan.Sekianlah sahaja yang kami dapat memberi khabar kepada kamu. Mudah-mudahan kita akan sambung lagi sekian. Dengan Assalamu’alaikum Warohmatullah. Amein . Amein . Yaa Rabbul ‘alamein.”

Saudara saudara ehwanul muslimin dan muslimat, sayogia perkenankan saya untuk mengimbas kembali suatu perkara yang sudah berlaku pada 26. Disember 2004. digugusan Nusantara ini serta beberapa negara negara didunia ini. Ingatkah saudara saudara akan bencana ‘ Gempa bumi dan badai ombak Tsunami’ ?, Pada hari tersebut jugalah almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit telah kembali kerahmat Allah. Selepas waktu suboh. jam 0630 pagi.

Amanat yang disuroh menyedarkan,membimbing serta menunjukkan mereka-mereka yang jujur serta sudi ,agar dapat di-kembalikan kegemilangan Islam kepada satu bangsa iaitu ‘ bangsa-bangsa Roh ‘ yang mempunyai ‘ nabi dan rasul ‘ pada hakikatnya yang telah hilang zaman berzaman.Inilah yang telah diamanahkan kepada almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit serta pengikut-pengikutnya yang maseh setia dan yang maseh ada dimuka bumi ini, mesti mengkhabar-khabarkan serta kuatkan lagi.

Kami tidak memaksa kamu mengikut kami. Kami hanyalah membawa ‘ satu khabar dengan satu mulia ‘ yang sudi mengkhabar-khabarkan pada mereka-mereka yang jujur dan ihklas menerimanya. Dengan membawa satu pemutusan untuk ummat-ummat Nabi Muhammad. Apakah pula keputusan ibu-ibu, bapak-bapak, saudara, saudari kaum muslimin dan muslimat yang dikasehi sekalian. Setelah mendengar , melihat dan membaca ‘ khabar agama untuk ummat ummat Nabi Muhammad’ akan menjadi saksi pada diri kita semua iaitu ‘ satu khabar dengan satu mulia ‘ telah disampaikan, yang mengandungi berita yang baik, dengan keampunan serta faedah yang tak putus-putus lagi mulia.

Sekian saja yang dapat saya mengkhabarkan khabarkan. Jika ada apa apa pertanyaan akan perkara ini, haraplah kiranya saudara saudari ehkwanul muslimin dan muslimat berhubung dengan saya di-alamat email;

bismillah_portal@yahoo.com
Attn: Dr. Ahmad Raj Bin Abdullah
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

RAMAI RAKAN RAKAN SAYA BERTANYA MENGAPA Presiden Sampai Rakyat, Semua Perlu Bersedekah ???

October 30, 2008

 

“Sedekah merupakan jawapan semua permasalahan. Sedekah itu tak ada lawan. Tak ada persoalan apapun yang tidak selesai, selama kita melibatkan Allah. Caranya, antara lain melalui sedekah.”Kalimat-kalimat diatas kerap kali dilontarkan oleh Ustadz Yusuf Mansur dalam setiap ceramah-ceramahnya. Ustadz muda itu memang selalu mengusung tema sedekah dalam setiap dakwahnya, baik melalui ceramah, buku, kolom di media massa, maupun di sinetron di RCTI setiap sabtu malam.
Sehebat apakah sedekah itu? Mengapa sedekah jadi begitu penting? Apakah sedekah mampu menyelesaikan persoalan bangsa Indonesia yang sudah hampir satu dekade dirundung krisis?

Hello world!

October 30, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!