Khabar Agama Untuk Ummat Ummat Nabi Muhammad S.A.W

Khabar Agama Untuk Umat Umat Nabi Muhammad

A’uzubillahi minas syaitan nirrajim.
Bismillah hirrahman nirrahim.
Allahumma salli ‘ala Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina Muhammad. Allahumma salli’ala sai’idina wamaulana Muhammad.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Terlebih dahulu saya bermohon ampun dan maaf kepada Allah dan rasulNya. Kepada almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit yang telah kembali kerahmat Allah. Kepada ibu-ibu, bapa’-bapa’, saudara saudara dan saudari saudari ehkwanul muslimin dan muslimat yang dikasehi.

1428 tahun telah berlalu, hinggalah sampai kemasa sekarang ramai yang maseh belum ketahui bahawa sesungguhnya, satu khabar dengan satu mulia telah disampaikan kepada seorang hambaNya. Beliau yang saya maksudkan adalah almarhum wakil guru kami iaitu Ust. Hassan bin Muhammad Jonit. Mulai dari tahun 1964 hinggalah kepada tahun 2004, beliau telah menerima khabar agama melalui ‘ Suara Ilham Roh Mutmainnah’.

Sebelum di-lanjutkan khabar agama tersebut, Haraplah dapat kiranya saudara saudara sekalian meluangkan sedikit waktu dan masa membaca serta membuat renungan peribadi akan hal yang hendak disampaikan. Jika saudara saudara merasakan ini adalah suatu yang mengkelirukan atau menyimpang dari dasar agama islam yang diredhoi Allah dan rasulNya, saudara berhak untuk tidak meneruskan membaca akan sisi kandungan surat ini. Kami tidak memaksa siapa siapa mengikut kami, kami tidak pujuk rayu untuk mendapatkan simpati atau layanan serupanya. Kami tidak ada membawa seberang laporan politik. kami juga bukan hendak menakloki sesebuah negara. Kami tidak ada kuasa atas saudara saudara semua.

Kami sebagai memegang amanah yang telah di-khabarkan, mestilah untuk khabar mengkhabarkan kepada ummat ummat Nabi Muhammad pada dunia sejagad. Itu saja, sekali lagi saya menekankan bahawa ,tidak ada paksaan pada siapa siapa jua untuk mengikut kami. Hanya keikhlasan serta ‘akal budi yang jujur kepada Allah dan rasulNya.

Malahan sepanjang lebih kurang 40 tahun, almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit telah difitnah dengan berbagai bagai tuduhan yang amat sangat. Kami sebagai penerus dan murid murid yang setia dan taat meng’amalkan ‘ hakikat nabi dan rasul’ yang berpandukan ‘Ilham Kitaballah, Kitabal Akbar’ menerusi ‘Suara ilham Roh Mutmainnah’ yang berpedoman pada Kitab Al-quran akan tetap mempertahankan supaya hal tersebut tidak berulang. Tugas dan tanggong jawab kami adalah;

1. Berhijrah kesatu tempat kesatu tempat dan kesatu negara kesatu negara, kesatu negeri kesatu negeri untuk mesti dikhabarkan berita agama yang sudah sampai kepada ummat ummat Nabi Muhammad .

2.Semenjak 1428 tahun, Petunjuk Taufiq dan Hidayah sudah sampai kepada ummat Nabi Muhammad dibahagian Nusantara ini, menerusi ‘ Suara Ilham Roh Mutmainnah’ yang disalurkan melalui saluran didalam diri iaitu Ust. Hassan bin Muhammad Jonit.Almarhum Ust. Hasan bin Muhammad Jonit telah menerima taufiqin adhim dari Allah dan rasulNya. selama 40 tahun.

3.Membersihkan nama baik almarhum dari tuduhan tuduhan selanjutnya serta sama sekali telah mengelirukan umat umat nabi Muhammad akan hal yang sebenar benarnya.

Sekali lagi di-ingatkan bahawasenya, setiap ayat-ayat atau pun kalimat-kalimat yang di-khabarkan kepada wakil guru almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit, adalah melalui ‘ Suara Ilham Roh Mutmainnah ‘ menerusi saluran di-dalam diri.Bukanlah setiap ayat-ayat atau pun kalimat-kalimat yang di-terimanya itu sia-sia atau pun suatu dongengan, atau pun suatu karangan manusia. Melainkan khabar-khabar agama yang telah di-terimanya semenjak tahun 1964 hinggalah pada tahun 2004, mengandungi addiinasuha.Khabar-khabar untuk menuju keampunan Allah dan rasulNya dengan mengamalkan ilmu pengetahuan agama Islam yang sah dan yang benar.

Allah Ta’ala tidak memungkiri janji bagi siapa-siapa yang mengikut hukum perintahNya. Allah Ta’ala tidak memungkiri janji bagi siapa-siapa yang engkar juga. Sebanyak 88 buah kitab, yang mengandungi 102 bab-bab, memuatkan khabar insaf, ilmu pengetahuan syariat yang membawa pada hakikat dan juga khabar ancaman.Bukanlah ‘ Ilham ‘ di-turunkan untuk mengantikan Kitab suci Al-Quran. Al-Quran adalah ‘ Haq-nya wahyu ‘, tetap maseh menjadi pedoman bagi ummat-ummat Nabi Muhammad .Manakala ‘ Ilham ‘ adalah ‘ Perkhabaran ‘ memberi penerangan akan kehendak-kehendak di-dalam soal aqidah yang dituntut untuk di-amalkan. Di-turunkan dengan ‘satu khabar dengan satu mulia’. Di-turunkan di-dalam ‘bahasa melayu’, serta di-salin oleh almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit di-dalam penulisan ‘ melayu jawi ‘ .

Ust. Hassan bin Muhammad Jonit bukan-lah seorang nabi dan bukan-lah beliau seorang rasul. Beliau hanya menerima khabar untuk dikhabarkan kembali kepada ummat ummat nabi Muhammad.

Dengan hati yang jujur ikhlas, serta mengunakan ‘akalnya orang islam, mari -lah kita saksikan apa yang telah di-khabarkan.

( Saya hanya petikan sedikit khabar khabar tersebut , sebagai renungan peribadi bersama. perlulah diingat khabar khabar agama yang telah diturunkan semenjak tahun 1964 hinggalah tahun 2004, merangkumi ilmu pengetahuan didalam bahagian usul. fiqeh, tasawuf amalan tauhid memperkenalkan segala gerak geri usul dan periksa di-dalam bahagian ‘syariat nabi, thoriqat nabi, hakikat nabi, makrifat nabi. ‘ nabi makrifatullah.)

29.5.1966:
” Astagrfirullah ” LAA ILAHA ILLALLAH ” dijadikan main-main engkau zaman menduakan . Allah Ta’ala .”

9.5.1968:

” Tasawuf, Aku wakilkan si-Hassan itu.
‘ Anamta’alaihim ‘. Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Tuhan-ku, Ya rasulullah.
Engkau dapat pertunjuk ‘ ilahidayat ‘
Orang yang dapat pertunjuk ‘ ila hayat ‘
Dengan senghaja kita keluarkan ilmu untuk umat Nabi Muhammad.”

26.11.68:

” Ini zaman kita sekarang sekalian. Sekarang satu khabar Itu apa? Satu khabar dengan satu mulia.”

13.11.1970:

” Walau macam mana pun.Dibangga-banggakan. Dan diabai-abaikan. Hendaklah mengatasi soal agama.” Insya’Allah ” Soal agama. Soal Laa ilaha illaallah. ”

16.3.1981

” Hey Hassan bin Muhammad Jonit, dunia ini akan balik dunia asal. Apabila engkau tiada lagi.Hey Hassan bin Muhammad Jonit, semua dunia bercampur baur. Gempa bumi yang paling dahsyat. sehinggakan manusia habis tak ada lagi yang hidup.Gempa bumi yang paling dahsyat tidak ada yang selamat. Melainkan orang yang mengikut Nabi Muhammad. Jangan mereka ingat harta mereka akan menolong mereka. Hey saudara-saudara. tuan-tuan.adik-adik, kakak, dunia ini muktamad, ikut umur si-Hassan. Sudah dijangkakan dunia akan kembali balik asal. Sekian.Assalamu’alaikum.”

28.12.2001

” Hey ummat Nabi Muhammad! tidakkah kamu berfikir.Apakah akan terjadi pada diri kita. Hey ummat Nabi Muhammad! apa akan jadi pada diri kita. kalau kita lalai dan leka. Asyik berpoya-poyah dengan bangsa asing yang hendak mematahkan kita.kelembah yang hina.Hey ummat Nabi Muhammad! tidakkah kamu berfikir.Apa akan jadi kamu di-belakang hari.Sedangkan kamu. Di-tawan demi hari ke-hari. Hey ummat Nabi Muhammad! tidakkah kamu faham kamu mengerti.Ummat sudah tidak berdaya dan berperi.Apa akan jadi. anak dan isteri. kaum keluarga habis lari.Hey ummat Nabi Muhammad! sedarkanlah diri. Hingga Nabi-mu. Tuhan-mu. Sudah tidak kenal lagi. Hey ummat Nabi Muhammad! apakah ada makna Tuhan kamu. Dan Nabi-mu.Sudah tak bernakna lagi.Hey ummat Nabi Muhammad! khabarkanlah. khabar yang berfaedah.Kepada mereka-mereka semua. Tidakkah kamu dapat tahu. Apakah ertinya bencana. bencana apakah yang melanda kamu. Yang tidak berperi kemanusian. Yang saya dapat memberi tahu kepada kamu. Amat-amatilah. Insya’Allah. kami akan memberi tahu kepada kamu. Sekiranya bencana itu akan berlaku.Hey ummat Nabi Muhammad! berkhabar-khabarlah kamu. Diantara satu sama lain. Janganlah sampai huru hara baru kamu hendak menyampaikan.Sekianlah sahaja yang kami dapat memberi khabar kepada kamu. Mudah-mudahan kita akan sambung lagi sekian. Dengan Assalamu’alaikum Warohmatullah. Amein . Amein . Yaa Rabbul ‘alamein.”

Saudara saudara ehwanul muslimin dan muslimat, sayogia perkenankan saya untuk mengimbas kembali suatu perkara yang sudah berlaku pada 26. Disember 2004. digugusan Nusantara ini serta beberapa negara negara didunia ini. Ingatkah saudara saudara akan bencana ‘ Gempa bumi dan badai ombak Tsunami’ ?, Pada hari tersebut jugalah almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit telah kembali kerahmat Allah. Selepas waktu suboh. jam 0630 pagi.

Amanat yang disuroh menyedarkan,membimbing serta menunjukkan mereka-mereka yang jujur serta sudi ,agar dapat di-kembalikan kegemilangan Islam kepada satu bangsa iaitu ‘ bangsa-bangsa Roh ‘ yang mempunyai ‘ nabi dan rasul ‘ pada hakikatnya yang telah hilang zaman berzaman.Inilah yang telah diamanahkan kepada almarhum Ust. Hassan bin Muhammad Jonit serta pengikut-pengikutnya yang maseh setia dan yang maseh ada dimuka bumi ini, mesti mengkhabar-khabarkan serta kuatkan lagi.

Kami tidak memaksa kamu mengikut kami. Kami hanyalah membawa ‘ satu khabar dengan satu mulia ‘ yang sudi mengkhabar-khabarkan pada mereka-mereka yang jujur dan ihklas menerimanya. Dengan membawa satu pemutusan untuk ummat-ummat Nabi Muhammad. Apakah pula keputusan ibu-ibu, bapak-bapak, saudara, saudari kaum muslimin dan muslimat yang dikasehi sekalian. Setelah mendengar , melihat dan membaca ‘ khabar agama untuk ummat ummat Nabi Muhammad’ akan menjadi saksi pada diri kita semua iaitu ‘ satu khabar dengan satu mulia ‘ telah disampaikan, yang mengandungi berita yang baik, dengan keampunan serta faedah yang tak putus-putus lagi mulia.

Sekian saja yang dapat saya mengkhabarkan khabarkan. Jika ada apa apa pertanyaan akan perkara ini, haraplah kiranya saudara saudari ehkwanul muslimin dan muslimat berhubung dengan saya di-alamat email;

bismillah_portal@yahoo.com
Attn: Dr. Ahmad Raj Bin Abdullah
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Tags:

Leave a comment